Khamis, 6 Mac 2014

Omega 3 penting untuk perkembangan bayi selepas dilahirkan

Pembacaan ini saya dari Dr Zubaidi dan saya kerap membacanya untuk meluaskan pembacaan.

“Salam doktor..saya ingin bertanya tentang pengambilan suplement omega 3 semasa hamil. Saya sekarang sedang hamil 23 minggu dan dari bacaan saya omega 3 ini dapat membantu perkembangan otak bayi dan sumber yang paling banyak boleh didapati dari ikan salmon, walnut dan lain2.
Boblehkah saya mengambil supplement salmon oil ini untuk mendapatkan khasiat omega 3 dalam usiakehamilan sekarang memandang sangat sukar bagi saya untuk mndapatkan dari sumber semula jadi. Berapa biji kah sehari yang diperlukn? Mohon pencerahan. Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Memang benar, banyak penyelidikan yang telah dilakukan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega- 3 asid dalam pemakanan pada bayi memberikan banyak manfaat terutama dalam perkembangan awal mereka.

Dalam penyelidikan yang terbaru menunjukkan bahawa manfaat yang sama dapat diberikan kepada bayi yang masih berada dalam rahem dan bayi yang baru dilahirkan jika ibu yang hamil mengambil omega 3 sebagai suplemen tambahan mereka setiap hari.

Ini kerana omega 3 yang mengandungi DHA memainkan peranan penting dalam perkembangan otak bayi, terutama dalam tempoh dua tahun pertama kehidupan. Otak dan sistem saraf memerlukan DHA dari omega 3 yang banyak.

Dalam kajian yang dilakukan, tempoh enam bulan pertama dalam kehidupan, bayi-bayi yang ibu mereka mengamalkan suplemen omega 3 ketika hamil, mempunyai tahap perkembangan kognitif dua bulan lebih ke hadapan berbanding dengan bayi yang lain.

Bayi yang lahir kepada ibu-ibu yang mengamalkan suplemen omega 3 mempunyai penglihatan dan pengamatan yang lebih baik sehingga mereka berumur 2 tahun.

DHA dalm omega 3 boleh didapati secara semulajadi di dalam susu ibu dan kini boleh didapati dalam susu formula dan beberapa makanan bayi. Ia juga boleh didapati dari ikan salmon, ikan tuna dan ikan kod.

Oleh itu saya memang menasihatkan agar wanita yang hamil agar mengamalkan suplemen omega 3 dalam dos Antara 600-1000 mg sehari.

Wallahu a’lam.


Nak tahu beberapa tentang omega guard Shaklee. Baca jangan tak baca

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

♥ Sitinor Kamisah (Sid 932796 )
♥ sms/whatsApp: 0123654210
♥ Fb: Ishasupplement  sila klik LIKE utk info terkini
♥ Pm untuk price dari saya hanya untuk anda 

♥ COD : Jasin & Bemban & penghantaran ke seluruh Malaysia

Tiada ulasan:

Pages

My beloved Iqil Irfan

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Beloved Irdina Insyirah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers